Investor Relation

COVID-19: BP Plastics tutup satu bahagian kilang

_MG_4657

KUALA LUMPUR: Satu bahagian kilang BP Plastics Holding Bhd di 5A, Jalan Wawasan 2, Kawasan Perindustrian Sri Gading, Batu Pahat, Johor ditutup bermula hari ini hingga 28 Mac bagi tujuan sanitasi. Ini susulan pengawasan dan ujian semula antigen 24 pekerjanya yang menunjukkan simptom COVID-19 minggu ini di kilang anak syarikatnya, BP Plastics Sdn Bhd.

“Walaupun saringan awal penuh COVID-19 untuk semua pekerja asing pada Februari 2021 tidak menghasilkan sebarang kluster COVID-19, saringan pengawasan dan ujian semula kakitangan dengan simpton serta kontak rapat mereka mendapati 14 pekerja diuji positif COVID-19,” katanya dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia. Mereka yang diuji positif sudah dikuarantin dan diasingkan daripada pekerja lain. Justeru, satu bahagian di kilang itu ditutup bagi sanitasi, manakala bahagian dan kilang lain syarikat tidak terjejas.

“Pengurusan BP Plastics Holdings menegaskan bahawa kesihatan dan keselamatan pekerja serta pihak berkepentingan diberikan keutamaan tertinggi dan ia akan bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan untuk mengambil langkah perlindungan sewajarnya.

“Pengurusan tidak menjangkakan sebarang impak material daripada penutupan sementara bahagian kilang yang terjejas ke atas operasi dan prestasi kewangan,” katanya.

Archives